Archive

Archive for the ‘Admin’ Category

Selamat Bertamu…

April 28th, 2009 admin No comments

Selamat datang ke JPA Washington DC News Blog.

Alhamdulillah, JPA Washington DC sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah laman diskusi berkonsepkan blog.  InsyaAllah, melalui pewujudan blog berita ini, secara langsung dapat mempertingkatkan interaksi antara penaja dan pelajar.

Blog ini diwujudkan atas keperluan geografi yang sangat luas dengan tenaga kerja yang sedikit bagi bumi Amerika Syarikat ini. Dengan adanya blog ini secara langsung dapat mempertingkatkan penyebaran maklumat kepada pelajar dan menjadikan semua pelajar lebih peka kepada polisi penajaan yang berkembang dari semasa ke semasa.

Walaupun blog ini bersifat terbuka untuk disertai oleh pelajar dan pengguna lain, pengguna adalah disarankan untuk manjaga sopan santun dan adat berbahasa ketika menyertai apa-apa perbincangan, membuat komentar dan memberikan buah fikiran. Keadaan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada Rakyuat Malaysia bahawa pemegang biasiswa JPA dan warga Malaysia amnya amat berbudi bahasa yang tinggi, berkeperibadian yang mulia dan bertanggungjawab. Pihak Admin berhak untuk menolak komentar atau entri yang mempunyai unsur-unsur yang tidak sihat, spam atau mempunyai perkataan yang tidak sopan tanpa sebarang notis atau pemberitahuan.

Sehingga untuk itu, terma kasih kerana mengunjungi blog diskusi ini.

Salam,

Mohd Amiruddin Hamzah
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
Admin JPA Washington DC News Blog
28 April 2009

Categories: Admin Tags: