Dimaklumkan bahawa pihak pejabat PPL Washington DC sedang mengadakan sesi soal selidik secara online bagi pelajar-pelajar tajaan JPA di Amerika Syarikat untuk melihat aspek penambahbaikan dan mengenalpasti masalah dalam pelaksanaan insuran kesihatan berkelompok pelajar.
Pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan secara online melalui link https://www.psdwdc.net/studboard/login.php dan jawapan pelajar akan disimpan dalam pangkalan data pejabat untuk tujuan kajian dan dibentangkan kepada ibu pejabat di Putrajaya.
Untuk mengakses soal selidik ini, pelajar perlulah memasukkan maklumat No Kad Pengenalan, universiti dan empat digit terakhir No Pelajar (Student ID) sebagai PIN.
Pelajar yang menuntut di US bermula 2007 sehingga kini boleh menyertai soal selidik ini. Keputusan soal seledik ini amat penting untuk memastikan kebajikan pelajar berada di tahap terbaik.
Untuk maklumat lanjut, para pelajar boleh menghubungi urusetia soal-selidik iaitu En. Amir di talian 202 572 9723 atau email webmaster@psdwdc.net.
Pejabat ini ingin mengucapkan selamat datang kepada 4 pegawai baru yang mengikuti pengajian di bawah Hadiah Latihan Persekutuan yang telah mengemukakan pendaftaran ke pejabat ini baru-baru ini. Pegawai berkenaan adalah:
- Puan Zarina Shuib (Iowa State University)
- En. Syamsul Nizam Shamsuddin (Iowa State University)
- Pn. Siti Salwahanim Mohd Nazir (Oklahoma City University)
- En. Shah Rizan Mohamad Sirat (Oklahoma City University)
Pejabat ini mengucapkan tahniah atas kejayaan tuan/puan dihadiahkan dengan hadiah latihan tersebut. Semoga kesempatan ini membolehkan tuan/puan memperkasakan jati diri dan pengalaman diri untuk disumbangkan kearah peningkatan kualiti perkhidmatan awam.
Bagi pegawai yang datang ketika Semester Spring 2010 ini yang belum mendaftar dengna kami di Washington DC, sila berbuat demikian dengan segera.
Tahniah.
All JPA students required to submit the Fall 2009 result by January 7, 2009 12.00 midnight. Failure to comply to this dateline, will result in student allowance (ESH) to be suspended or delayed. Student can send the result via email (print screen) from the university system and email it as an attachment to Pn. Ruziah at email ruziahs@gmail.com with cc to En. Amir at email amiruddin.usa@gmail.com. Thank you.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA,
Sebagaimana sdr/sdri sedia maklum, perkembangan wabak Swine Flu (H1N1) kini semakin membimbangkan di seluruh Amerika Syarikat terutamanya di Illinois yang mencatatkan peningkatan kes yang mendadak setiap hari dengan jumlah kes sebanyak 554 setakat 12 Mei 2009. Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan risiko jangkitan ke atas pelajar-pelajar tajaan, pihak pengurusan JPA telah mengeluarkan arahan supaya pelajar-pelajar tajaan JPA tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai termasuklah program Mid West Games yang akan diadakan pada 21-24 Mei di University of Illinois Urbana Champaign.
Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar adalah tidak dibenarkan untuk terlibat dengan aktiviti yang dimaksudkan bagi mengelakkan risiko jangkitan. Sekiranya didapati terdapat pelajar yang mengambil keputusan untuk terus menyertai program tersebut, sebarang risiko samada berkait secara langsung atau tidak langsung dengan penglibatan pelajar di dalam program tersebut adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih
RUZIAH SHAFEI
EDUCATION AND TRAINING ADVISOR
PUBLIC SERVICE DEPARTMENT
EMBASSY OF MALAYSIA
3516 INTERNATIONAL CT, N.W
WASHINGTON D.C 20008
Office : (202) 572 9729
Cell : (703) 501 9377
Fax : (202) 572 9789
Semua Pemegang Biasiswa JPA adalah diwajibkan melaporkan diri dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajian masing-masing. Serentak dengan itu, mereka juga dikehendaki memohon jawatan melalui Pihak Berkuasa Melantik Perkhidmatan Awam bagi menyempurnakan proses lapor diri tersebut. Bagi memastikan tempoh menunggu tawaran jawatan dalam perkhidmatan awam dipendekkan dan jumlah pemegang biasiswa yang berkhidmat dengan kerajaan dapat dipertingkatkan, pihak SPA secara dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan temuduga berjadual khusus bagi pemegang biasiswa JPA. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar secara atas talian di http://www.spa.gov.my dan seterusnya membuat temujanji untuk menetapkan tarikh temuduga dengan pihak SPA.
Syarat-syarat asas yang dikenakan adalah:
- Graduan IPT luar negara dalam pelbagai bidang dan memiliki ijazah sarjana muda (kepujian) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau graduan-graduan lepasan universiti terkemuka seperti Ivy League Universities, Group of 8 (Australia), Universiti Oxford, MIT, Univeristy Cambridge, LSE dan Imperial College.
- Graduan IPT dalam negara dan memiliki ijazah sarjana muda kepujian dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam pelbagai bidang pengajian.
Justeru itu, Pelajar-pelajar tahun akhir tajaan JPA di Amerika Syarikat diminta menghubungi pihak SPA (seperti dibawah) untuk menetapkan tarikh temuduga dengan pihak SPA. Pegawai-pegawai SPA yang boleh dihubungi adalah:
- En. Mohammad bin Nazmi Ismail: 03-88856327 (nazmi@spa.gov.my)
- En. Asrul bin Zakaria: 03-88856325 (asrul@spa.gov.my)
- Pn. Azlina Baizura bt. Abu Bakar Tajudin: 03-88856326 (baizura@spa.gov.my)
- En. Mohammad Rizal bin Abdullah: 03-88856333 (arizal@spa.gov.my)
- En. Mohd Yazid bin Mohd Zuliaddin: 03-88856312 (yazid@spa.gov.my)
Sekian, dimaklumkan.
PPL Washington DC
Recent Comments