Archive

Archive for the ‘Peristiwa’ Category

Pegawai HLP di Towson University, Maryland

February 23rd, 2010 en.amir No comments

Pejabat PPL Washington DC ingin mengucapkan selamat datang kepada pegawai En. Ferdauss Mohd Amin, daripada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang sedang mengikuti kursus di Towson University, Maryland. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan dan akan mengikuti kursus selama 18 bulan dalam pengajian Sarjana di universiti terbabit. Pejabat ini mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan keluarga di sini.

Categories: Peristiwa Tags:

Pelajar Baru Vanderbilt 2009

June 30th, 2009 Ruziah Hj. Shafei No comments

Kumpulan Pelajar Vanderbilt di O'Hare International Airport, Chicago
En. Amir (Ditengah) bergambar bersama pelajar-pelajar di Chicago International Airport selepas tiba daripada Los Angeles.

Pada 13 Jun 2009, pihak JPA Washington DC telah menyambut kumpulan pelajar baru Vanderbilt University seramai 41 orang yang tiba daripada Malaysia melalui Los Angeles International Airport. Pelajar yang sangat bersemangat ini, kemudiannya dibawa menyambung penerbangan ke O’Hare, Chicago dan seterusnya ke Nashville. Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di Universiti terbabit selepas berjaya dengancemerlang dalam peperiksaan masing-masing di Malaysia. Pihak JPA Washington DC mendoakan agar pelajar-pelajar ini berjaya menyempurnakan pengajian masing-masing di sini dan lebih dari itu, pulang sebagai satu aset penting dalam pembangunan negara. /jpawdc.

Categories: Peristiwa Tags:

Lawatan Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA Putrajaya

April 29th, 2009 admin No comments

Pejabat PPL Washington DC berbesar hati di atas kehadiran Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Azhar Bin Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 24-27 April 2009 di Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC.  Y.Bhg Dato’ Azhar juga telah sudi untuk mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Pennsylvania State University pada 25 April 2009 di State College dan melawat pejabat PPL pada 27 April sebelum berlepas pulang ke Boston.

Pada pagi 27 April 2009 juga, Y. Bhg. Dato’ juga telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua-ketua jabatan di Kedutaan Besar Malaysia Washington DC. Y. Bhg. Dato’ telah disambut oleh En Ilango, Ketua Perwakilan Malaysia di Amerika Syarikat pada masa ini dan telah diberi penerangan tentang fungsi dan peranan agensi-agensi dan jabatan yang bernaung di bawah kedutaan secara lebih dekat.

Y. Bhg. Dato’ Azhar pulang ke Boston pada petang 27 April  dan beliau pada masa ini sedang mengikuti kursus pengurusan selama 3 bulan di Harvard Business School. Pejabat PPL Washington DC mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan Y. Bhg Dato’ dan atas segala nasihat yang diberikan.

Y. Bhg Dato' Dr. Hj. Mohd Azhar Yahaya

Y. Bhg Dato' Azhar

Majlis perjumpaan Y. Bhg Dato’ Azhar Yahaya dengan pelajar-pelajar JPA di PennState.

Mesyuarat bersama Ketua-ketua Jabatan di Kedutaan Malaysia Washington DC

Y. Bhg. Dato' Azhar melawat galeri seni Kedutaan Malaysia Washington DC

Mesyuarat bersama Ketua-ketua Jabatan di Kedutaan dan lawatan ke Galeri Seni

Perbincangan dengan pegawai JPA di Kedutaan

Bergambar kenang-kenangan di hadapan bangunan kedutaan Malaysia.

Bersama dengan pegawai-pegawai JPA di Kedutaan Malaysia Washington DC

Categories: Peristiwa Tags:

TKPPA(O) dan TKSU(P) Kementerian Pertanian di Harvard

April 28th, 2009 admin No comments

Y. Bhg Dato' Ismail Alias dan Y. Bhg. Dato' Baharom Jani
Pn. Ruziah, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail Alias, Y. Bhg Dato’ Dr. Baharom Jani dan En. Amir bergambar di Harvard Business School, Boston Massachusetts.

PPL dan SPPPL berkesempatan untuk mengiringi pulang dua pegawai tinggi daripada Malaysia selepas mengikuti kursus pengurusan di Harvard Business School, Boston pada 10 April 2009.  Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengikuti kursus selama seminggu di universiti yang berprestij berkenaan di bawah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.

Sepanjang pertemuan, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom memberi banyak nasihat dalam memantapkan pengurusan pelajar dan berharap PPL Washington DC dapat memainkan peranan aktif terhadap akademik dan kebajikan pelajar.

Y. Bhg. Dato’ Ismail dan Y.Bhg. Dato’ Baharom kemudiannya berlepas pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Boston, MA .

Categories: Peristiwa Tags: