Dear all JPA students,
As you are aware, the United States is facing the threat of swine flu infection. There are 65 cases reported in 5 states namely Texas, California, Kansas, Ohio and New York. It is prudent for everyone to take the necessary precautions especially given the fact that the incubation period for the virus is between 2-7 days.
We would like to urge everyone to take necessary precaution such as frequent washing hands and to use hand disinfectants. Should anyone exhibit flu-like symptons, headaches, fever, lethargy, lack of appetite, coughing, nausea, vomiting and diarrhea, we would like to request that you seek medical help dan inform us immediately.
All JPA officers can be contacted as follow:
Pn. Ruziah Shafei – (703) 501 9377
En. Mohd Amiruddin Hamzah – (202) 330 3035
En. Azmee Mohammad – (202) 445 4691
Best regards,
Education and Training Advisor Office
Washington DC
Pejabat PPL Washington DC berbesar hati di atas kehadiran Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Azhar Bin Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 24-27 April 2009 di Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC. Y.Bhg Dato’ Azhar juga telah sudi untuk mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Pennsylvania State University pada 25 April 2009 di State College dan melawat pejabat PPL pada 27 April sebelum berlepas pulang ke Boston.
Pada pagi 27 April 2009 juga, Y. Bhg. Dato’ juga telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua-ketua jabatan di Kedutaan Besar Malaysia Washington DC. Y. Bhg. Dato’ telah disambut oleh En Ilango, Ketua Perwakilan Malaysia di Amerika Syarikat pada masa ini dan telah diberi penerangan tentang fungsi dan peranan agensi-agensi dan jabatan yang bernaung di bawah kedutaan secara lebih dekat.
Y. Bhg. Dato’ Azhar pulang ke Boston pada petang 27 April dan beliau pada masa ini sedang mengikuti kursus pengurusan selama 3 bulan di Harvard Business School. Pejabat PPL Washington DC mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan Y. Bhg Dato’ dan atas segala nasihat yang diberikan.


Majlis perjumpaan Y. Bhg Dato’ Azhar Yahaya dengan pelajar-pelajar JPA di PennState.


Mesyuarat bersama Ketua-ketua Jabatan di Kedutaan dan lawatan ke Galeri Seni


Bersama dengan pegawai-pegawai JPA di Kedutaan Malaysia Washington DC

Pn. Ruziah, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail Alias, Y. Bhg Dato’ Dr. Baharom Jani dan En. Amir bergambar di Harvard Business School, Boston Massachusetts.
PPL dan SPPPL berkesempatan untuk mengiringi pulang dua pegawai tinggi daripada Malaysia selepas mengikuti kursus pengurusan di Harvard Business School, Boston pada 10 April 2009. Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengikuti kursus selama seminggu di universiti yang berprestij berkenaan di bawah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.
Sepanjang pertemuan, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom memberi banyak nasihat dalam memantapkan pengurusan pelajar dan berharap PPL Washington DC dapat memainkan peranan aktif terhadap akademik dan kebajikan pelajar.
Y. Bhg. Dato’ Ismail dan Y.Bhg. Dato’ Baharom kemudiannya berlepas pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Boston, MA .
Selamat datang ke JPA Washington DC News Blog.
Alhamdulillah, JPA Washington DC sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah laman diskusi berkonsepkan blog. InsyaAllah, melalui pewujudan blog berita ini, secara langsung dapat mempertingkatkan interaksi antara penaja dan pelajar.
Blog ini diwujudkan atas keperluan geografi yang sangat luas dengan tenaga kerja yang sedikit bagi bumi Amerika Syarikat ini. Dengan adanya blog ini secara langsung dapat mempertingkatkan penyebaran maklumat kepada pelajar dan menjadikan semua pelajar lebih peka kepada polisi penajaan yang berkembang dari semasa ke semasa.
Walaupun blog ini bersifat terbuka untuk disertai oleh pelajar dan pengguna lain, pengguna adalah disarankan untuk manjaga sopan santun dan adat berbahasa ketika menyertai apa-apa perbincangan, membuat komentar dan memberikan buah fikiran. Keadaan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada Rakyuat Malaysia bahawa pemegang biasiswa JPA dan warga Malaysia amnya amat berbudi bahasa yang tinggi, berkeperibadian yang mulia dan bertanggungjawab. Pihak Admin berhak untuk menolak komentar atau entri yang mempunyai unsur-unsur yang tidak sihat, spam atau mempunyai perkataan yang tidak sopan tanpa sebarang notis atau pemberitahuan.
Sehingga untuk itu, terma kasih kerana mengunjungi blog diskusi ini.
Salam,
Mohd Amiruddin Hamzah
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
Admin JPA Washington DC News Blog
28 April 2009
Recent Comments