Archive

Archive for January, 2010

If required, submit your financial affidavit to your account office

January 28th, 2010 en.amir No comments

To all scholars,

We recently received calls from one and two of our sponsored student regarding on their financial status has been hold. Please contact your university international office/student account office to verify on financial affidavit to be submitted on each semester or not. Some university required financial affidavit submission must be done on every semester. Some others satisfied with the financial affidavit they have on file. Please make sure you have sufficient copy of the financial affidavit from JPA.  Failure to submit your financial affidavit may put your status as “on financial hold”.

If you believe that you have outstanding balance in your account (not your sponsor account), you need to settle the amount you owed to the university before they uplift your on-hold status. If the amount is due for your sponsor, please notify us to verify your previous payment.

Thank you.

Categories: Uncategorized Tags:

Pegawai Baru di Bawah HLP Spring 2010

January 21st, 2010 en.amir No comments

Pejabat ini ingin mengucapkan selamat datang kepada 4 pegawai baru yang mengikuti pengajian di bawah Hadiah Latihan Persekutuan yang telah mengemukakan pendaftaran ke pejabat ini baru-baru ini. Pegawai berkenaan adalah:

  1. Puan Zarina Shuib (Iowa State University)
  2. En. Syamsul Nizam Shamsuddin (Iowa State University)
  3. Pn. Siti Salwahanim Mohd Nazir (Oklahoma City University)
  4. En. Shah Rizan Mohamad Sirat (Oklahoma City University)

Pejabat ini mengucapkan tahniah atas kejayaan tuan/puan dihadiahkan dengan hadiah latihan tersebut. Semoga kesempatan ini membolehkan tuan/puan memperkasakan jati diri dan pengalaman diri untuk disumbangkan kearah peningkatan kualiti perkhidmatan awam.

Bagi pegawai yang datang ketika Semester Spring 2010 ini yang belum mendaftar dengna kami di Washington DC, sila berbuat demikian dengan segera.

Tahniah.

Categories: PPL Desk Tags:

Malaysia Condemns The Recent Church Incidents

January 12th, 2010 Ruziah Hj. Shafei No comments

Message From TYT Dato’ Seri Ambassador. Dato’ Seri Ambassador voice-up as Malaysia Condemn The Recent Church Incidents. Click the link below to read full statement of the HE Dato’ Seri Ambassador Dr. Jamaluddin Jarjis. This statement is very important to view our stand on this issue.

Malaysia condemns the recent church incidents – PDF Document – 118kb

Categories: Embassy News Tags:

Jiwa Pelajar Cemerlang

January 7th, 2010 en.amir No comments

Asslamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Adik-adik pelajar, khususnya tajaan JPA di Amerika Syarikat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara/i bertandan di teratak maya kami. InsyaAllah, mudah-mudahan tulisan ini memberi sedikit pengisian kepada kita yang kini sedang bersusah payah menyusur arus untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Masih tidak terlambat untuk kami sama-sama di Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA untuk mengucapkan selamat tahun Baru Hijrah dan Tahun baru masehi. Tentunya, tahun baru menerbitkan kesungguhan untuk melengkapkan azam tahun sebelumnya, dan meneliti azam tahun baru yang akan mendatang.

Bagi pelajar, setahun bukanlah lama. Hanya dua peluang untuk menunjukkan kecemerlangan diri. 2 semester sahaja. Bagi yang baru mendapat keputusan peperiksaan, ada yang tersenyum riang dan ada juga yang gusar. Riang kerana kecemerlangan pada semester Fall 2009 meneruskan kecemerlangan sedia ada atau meningkat daripada semester sebelumnya. Gusar apabila keputusan peperiksaan sedikit “teropocot” turun daripada semester sebelumnya. Atau lebih gusar lagi, apabila keputusan tidak melepasi had yang ditetapkan oleh penaja.

Pelajar JPA yang cemerlang adalah pelajar yang sedar dengan hakikat ditaja oleh negara untuk menuntut ilmu. Ya, duit tajaan ini bukanlah milik kami di JPA Washington DC, atau pegawai-pegawai di Kuala Lumpur, tetapi adalah duit yang dikumpul daripada nelayan-nelayan, pesawah dan pekebun untuk melihat saudara-saudari berjaya membawa pulang kejayaan kepada negara. Yang nanti sumbangan saudara akan dimanfaatkan oleh mereka dan generasi-genarasi selepas mereka. Tidak kiralah dibidang manapun saudara-saudari menyumbang baik awam ataupun swasta.

Ada pelajar yang mengambil peluang cuti musim sejuk ini untuk berehat dan tidak kurang juga yang bergerak merantau mencari pengalaman. Ada juga yang hanya berjalan mengenal tempat orang. Tanpa sedar duit saraan dipoket telah habis dan menunggu duit baru yang akan masuk. Tetapi pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mempersiapkan dirinya ketika di hujung semester untuk menghadapi semester yang akan datang yang pastinya lebih mencabar. Buku-buku berkait dengan kursus yang akan diambil pada semester hadapan dibaca dan diselidiki. Berapakah pelajar kita yang tergolong dalam kumpulan pelajar yang bersedia untuk hari yang akan datang? Sedangkan jelas dalam Al-Quran “Demi masa, sesungguhnya manuia dalam kerugian, kecuali yang beriman dan yang beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran dan kesabaran.” (Al-Quran Al-Asr 1-5)

Ada di kalangan kita yang mengambil peluang untuk bergerak pada semester-semester awal kerana mungkin menyangkakan subjek-subjek yang diambil masih mudah dan merasakan mempunyai lebihan dalam bajet harian. Sebenarnya, semester pertama dan tahun pertama adalah amat kritikal bagi membentuk “foundation” atau asas kepada pencapaian akademik atau CGPA kerana pada tahun pertama ini saudara-saudari hanya memiliki jumlah jam kredit kumulatif yang masih kecil. Sekiranya kesedaran hanya sampai pada semester-semester terakhir, pastinya sukar untuk membantu memandangkan jumlah jam kredit yang besar yang menyebabkan margin peningkatan CGPA amatlah kecil berbanding pada awal pengajian.

Pelajar cemerlang sentiasa berfikir dan menginsafi diri. Peluang yang diberikan ini tidak diberi kepada orang lain (walaupun mereka lebih layak daripada kita). Rezeki namanya. Bersyukurlah, dan belajarlah. Bawalah pulang segulung ijazah untuk ibu bapa di kampung. Sebelum semuanya terlambat.

Selamat maju jaya.

Categories: Bicara Hati Tags:

Dateline Fall 2009 Result To Be Submitted to JPA

January 7th, 2010 Ruziah Hj. Shafei No comments

All JPA students required to submit the Fall 2009 result by January 7, 2009 12.00 midnight. Failure to comply to this dateline, will result in student allowance (ESH) to be suspended or delayed. Student can send the result via email (print screen) from the university system and email it as an attachment to Pn. Ruziah at email ruziahs@gmail.com with cc to En. Amir at email amiruddin.usa@gmail.com. Thank you.

Categories: PPL Desk Tags: