PERKEMBANGAN WABAK SWINE FLU (H1N1) dan PENYERTAAN PELAJAR DI DALAM PROGRAM MID WEST GAMES
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA,
Sebagaimana sdr/sdri sedia maklum, perkembangan wabak Swine Flu (H1N1) kini semakin membimbangkan di seluruh Amerika Syarikat terutamanya di Illinois yang mencatatkan peningkatan kes yang mendadak setiap hari dengan jumlah kes sebanyak 554 setakat 12 Mei 2009. Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan risiko jangkitan ke atas pelajar-pelajar tajaan, pihak pengurusan JPA telah mengeluarkan arahan supaya pelajar-pelajar tajaan JPA tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai termasuklah program Mid West Games yang akan diadakan pada 21-24 Mei di University of Illinois Urbana Champaign.
Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar adalah tidak dibenarkan untuk terlibat dengan aktiviti yang dimaksudkan bagi mengelakkan risiko jangkitan. Sekiranya didapati terdapat pelajar yang mengambil keputusan untuk terus menyertai program tersebut, sebarang risiko samada berkait secara langsung atau tidak langsung dengan penglibatan pelajar di dalam program tersebut adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih
RUZIAH SHAFEI
EDUCATION AND TRAINING ADVISOR
PUBLIC SERVICE DEPARTMENT
EMBASSY OF MALAYSIA
3516 INTERNATIONAL CT, N.W
WASHINGTON D.C 20008
Office : (202) 572 9729
Cell : (703) 501 9377
Fax : (202) 572 9789
Recent Comments