Postgraduate Welcome Kit
Kami di pejabat PPL Washington DC mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya dalam pengajian tuan/puan di Amerika Syarikat. Welcome Kit ini adalah untuk pegawai-pegawai yang mengikuti Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di bawah tajaan JPA.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh tuan/puan adalah:
Pendaftaran Pelajar
Tuan puan dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Washington DC sebaik sahaja saudara berdaftar dengan pihak universiti. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman web kami (psdwdc.net) di bawah ruangan “Download Forms”. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pos atau email (Sila imbas borang berkenaan untuk simpanan pihak kami)
Financial Affidavit:
Pihak tuan perlu menyemak dengan pejabat antarabangsa universiti tuan tentang keperluan menghantar Financial Afiidavit bagi setiap semester. Sekiranya perlu, tuan/puan perlu berbuat demikian bagi memastikan “proper arrangement” dibuat kepada akaun tuan/puan untuk pembayaran oleh pihak penaja.
Yuran Pengajian dan Elaun
Sehingga hari ini, pembayaran elaun pengajian tuan/puan masih dikendalikan oleh pihak Ibu pejabat. Bagi pembayaran yuran, seperti yang dipraktikkan pada hujung tahun lepas, pembayaran yuran akan dikendalikan oleh pihak kami di Washington DC. Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memastikan invois yuran dihantar kepada kami dan di alamatkan kepada kami. Sekiranya ada pengguguran kursus selepas tempoh yang dibenarkan (add-drop) sehingga mengakibatkan implikasi kewangan, kos tersebut adalah dibawah tanggungan tuan/puan.
Tuntutan Tiket Penerbangan Pulang dan Elaun Akhir Pengajian (EAP)
Tuan puan boleh menuntut kedua-dua kemudahan ini pada akhir pengajian tuan puan nanti melalui pejabat ini. Borang tuntutan boleh dimuat turun di laman web kami seperti tertera di bawah. EAP tidak akan diberian sekiranya tuan/puan diluluskan perlanjutan tempoh pengajian manakala tiket penerbangan sehala yang diperuntukkan adalah terus ke Kuala Lumpur sahaja.
Transkrip Peperiksaan dan LNPT
Pihak tuan hendaklah mengemukakan keputusan peperiksaan dan LNPT tuan kepada pihak Ibu pejabat. Walau bagaimanapun, tuan boleh menghantarnya kepada pihak kami di Washington DC untuk tujuan rekod dan pihak kami akan memanjangkan dokumen berkenaan kepada pihak ibu pejabat.
Pelepasan Insuran Kesihatan
Kami percaya tuan/puan telah memiliki kad perlindungan insuran. Tuan/puan hendaklah membuat pelepasan insuran (Waiver) dengan pihak universiti. Sekiranya dikehendaki oleh pihak universiti, Tuan puan boleh berhubung dengan pihak SP&G dan Global Exchange Inc dalam perkara ini. Tuan boleh berhubung dengan pihak GE melalui Mrs. Rachel (racharib@globalexchangeinc.com) dan pihak SP&G melalui Noor Ridah (idah@spgib.com.my) sekiranya perlu. Pihak kami tidak akan membayar apa-apa kos bagi insuran kesihatan sekiranya tercatat dalam invois yang dikemukakan.
Laman Web & Perhubungan
Sekiranya pihak tuan memerlukan perhubungan dengan pihak kami, tuan/puan boleh menghubungi kami melalui email ini atau melalui telefon di talian 202 572 9729 (Pn. Ruziah) dan 202 572 9723/202 330 3035 (En. Amir).
Pihak tuan/puan perlu melawat laman web JPA di http://www.jpa.gov.my untuk mengetahui perkembangan perkhidmatan sektor awam. Sebagai tambahan, Pihak kami juga mewujudkan satu laman web http://www.psdwdc.net dan web blog di http://www.psdwdc.net/blog. Tuan/puan dijemput untuk melawat laman-laman tersebut untuk maklumat-maklumat terkini daripada kami di Washington DC.
Sekian terima kasih.
Mohd Amiruddin Bin Hamzah
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
JPA Washington DC
Last Updated: 21.01.2010
Recent Comments