Undergraduate Welcome Kit
Kami di pejabat PPL Washington DC mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya dalam pengajiansaudara/i di Amerika Syarikat. Welcome Kit ini adalah untuk pelajar-pelajar di bawah program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) yang mengikuti pengajian di universiti-universiti di Amerika Syarikat di bawah tajaan JPA.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh saudara/i adalah:
Pendaftaran Pelajar
Saudara/i dikehendaki mendaftar dengan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Washington DC sebaik sahaja saudara berdaftar dengan pihak universiti. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman web kami (psdwdc.net) di bawah ruangan “Download Forms”. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pos atau email (Sila imbas borang berkenaan untuk simpanan pihak kami)
Financial Affidavit:
Saudara/i perlu menyemak dengan pejabat antarabangsa universiti saudara/i tentang keperluan menghantar Financial Affidavit bagi setiap semester. Sekiranya perlu, saudara/i perlu berbuat demikian bagi memastikan “proper arrangement” dibuat kepada akaun saudara/i untuk pembayaran oleh pihak penaja.
Yuran Pengajian dan Elaun
Sehingga hari ini, pembayaran elaun sara hidup dan elaun-elaun lain kecuali Elaun akhir pengajian saudara/i masih dikendalikan oleh pihak Ibu pejabat. Bagi pembayaran yuran, seperti yang dipraktikkan pada hujung tahun lepas, pembayaran yuran akan dikendalikan oleh pihak kami di Washington DC. Adalah menjadi tanggungjawab saudara/i untuk memastikan invois yuran dihantar kepada kami dan di alamatkan kepada kami. Sekiranya ada pengguguran kursus selepas tempoh yang dibenarkan (add-drop) sehingga mengakibatkan implikasi kewangan, kos tersebut adalah dibawah tanggungan tuan/puan. Penyelarasan akan dibuat melalui pemotongan elaun saudara/i sekiranya perlu.
Tuntutan Tiket Penerbangan Pulang dan Elaun Akhir Pengajian (EAP)
saudara/iboleh menuntut kedua-dua kemudahan ini pada akhir pengajian saudara/i nanti melalui pejabat ini. Borang tuntutan boleh dimuat turun di laman web kami seperti tertera di bawah. EAP tidak akan diberian sekiranya saudara/i diluluskan perlanjutan tempoh pengajian manakala tiket penerbangan sehala yang diperuntukkan adalah terus ke Kuala Lumpur sahaja.
Transkrip Peperiksaan
Saudara/i diwajibkan untuk mengemukakan keputusan peperiksaan kepada pihak kami di Washington DC. Tiada notifikasi akan dikeluarkan, dan pelajar perlulah menghantar keputusan berkenaan dengan segera selepas ianya dikeluarkan dan sebelum semester baru bermula. Kegagalan saudara/i mematuhi arahan ini menyebabkan saudara/i boleh diambil tindkaan penahanan elaun, pembayaran yuran atau ditamatkan penajaan mengikut Fasal 7 Perjanjian Biasiswa Persekutuan antara saudara/i dengan Kerajaan.
Pelajar perlu menghantar keputusan yang dicetak-skrin (print screen) daripada sistem universiti. Pelajar yang dikesan meminda keputusan tersebut akan dikenakan tindakan disiplin.Imej skrin terbabit boleh dihantar memalui email kepada PPL dan SPPL. saudara/i masih perlu menghantar transkrip rasmi yang dikeluarkan oleh pihak universiti untuk rekod jabatan.
Pematuhan Perjanjian dan Polisi Penaja
Saudara/i perlu mematuhi setiap perkara yang disebut dalam perjanjian dengan pihak Kerajaan. Satu contoh salinan perjanjian boleh didapati di laman web kami. Pematuhan polisi adalah sebahagian daripada perjanjian tersebut dan hendaklah dipatuhi sepanjang penajaan. Ini adalah termasuk mengekalkan gred akademik yang baik, menghadiri kuliah sepenuh masa, tidak berkahwin melainkan mendapat kebenaran daripada penaja dan sebagainya. Kegagalan pematuhan ini boleh menyebabkan penamatan biasiswa di buat terhadap saudara/i.
Pematuhan Undang-undang dan Kontrak-kontrak Sewaan
Saudara/i dikehendaki mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri (state) atau pun kawasan (county) saudara/i berada. Sekiranya suadara/i membuat perjanjian sewaan (rumah, kereta dsb), penaja tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku tuntutan terhadap saudara, seperti dan tidak terhad kepada kos guaman, jumlah tuntutan kehakiman atau kos-kos lain berkaitan. Pelanggaran mana-mana dariapda undang-undang atau kontrak ini, sekiranya ditafsirkan sebagai pelanggaran disiplin dan mencemarkan nama Negara, saudara/i boleh dikenakan tindakan penamatan biasiswa.
Pelepasan Insuran Kesihatan
Kami percaya saudara/i telah memiliki kad perlindungan insuran. Saudara/i hendaklah membuat pelepasan insuran (Waiver) dengan pihak universiti. Sekiranya dikehendaki oleh pihak universiti, saudara/i boleh berhubung dengan pihak SP&G dan Global Exchange Inc dalam perkara ini. saudara/i boleh berhubung dengan pihak GE melalui Mrs. Rachel (racharib@globalexchangeinc.com) dan pihak SP&G melalui Noor Ridah (idah@spgib.com.my) sekiranya perlu. Pihak kami tidak akan membayar apa-apa kos bagi insuran kesihatan sekiranya tercatat dalam invois yang dikemukakan.
Laman Web & Perhubungan
Sekiranya pihak saudara/i memerlukan perhubungan dengan pihak kami, saudara/in boleh menghubungi kami melalui email ini atau melalui telefon di talian 202 572 9729 (Pn. Ruziah) dan 202 572 9723/202 330 3035 (En. Amir).
Pihak saudara/i perlu melawat laman web JPA di http://www.jpa.gov.my untuk mengetahui perkembangan perkhidmatan sektor awam. Sebagai tambahan, Pihak kami juga mewujudkan satu laman web http://www.psdwdc.net dan web blog di http://www.psdwdc.net/blog. Saudara/i dijemput untuk melawat laman-laman tersebut untuk maklumat-maklumat terkini daripada kami di Washington DC.
Sekian terima kasih.
Mohd Amiruddin Bin Hamzah
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
JPA Washington DC
Kemaskini : 21.01.2010
Recent Comments