THE WHOLE TRUTH

May 21st, 2009 Ruziah Hj. Shafei 1 comment

Bill Gates recently gave a speech at a High School about 11 things they did not and will not learn in school. He talks about how feel-good,politically correct teachings created a generation of kids with no concept of reality and how this concept set them up for failure in the real world.

Rule 1: Life is not fair – get used to it!

Rule 2 : The world won’t care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.

Rule 3 : You will NOT make $60,000 a year right out of high school. You won’t be a vice-president with a car phone until you earn both.

Rule 4 : If you think your teacher is tough, wait till you get a boss.

Rule 5 : Flipping burgers is not beneath your dignity. Your Grandparents had a different word for burger flipping: they called it opportunity.

Rule 6: If you mess up, it’s not your parents’ fault, so don’t whine about your mistakes, learn from them.

Rule 7: Before you were born, your parents weren’t as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parent’s generation, try delousing the closet in your own room.

Rule 8: Your school may have done away with winners and losers, but life HAS NOT. In some schools, they have abolished failing grades and they’ll give you chances as MANY TIMES as you want to get the right answer. This doesn’t bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.

Rule 9: Life is not divided into semesters. You don’t get summers off and very few employers are interested in helping you FIND YOURSELF. Do that on your own time.

Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.

Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one.

Categories: Uncategorized Tags:

Langkah berjaga-jaga

PUTRAJAYA: Pelajar Malaysia terutama di Amerika Syarikat yang mahu pulang bercuti musim panas tidak lama lagi dinasihatkan menangguhkannya jika mempunyai simptom Influenza A (H1N1) seperti demam dan selesema.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata nasihat itu juga terpakai kepada individu yang ingin kembali ke tanah air mahupun melancong ke negara ini jika mereka juga mempunyai simptom serupa.

“Jika mereka mengalami simptom tersebut setelah masuk ke negara ini pula, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan. ……….

sila rujuk Berita Harian online

Categories: Uncategorized Tags:

PERKEMBANGAN WABAK SWINE FLU (H1N1) dan PENYERTAAN PELAJAR DI DALAM PROGRAM MID WEST GAMES

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA,

Sebagaimana sdr/sdri sedia maklum, perkembangan wabak Swine Flu (H1N1) kini semakin membimbangkan di seluruh Amerika Syarikat terutamanya di Illinois yang mencatatkan peningkatan kes yang mendadak setiap hari dengan jumlah kes sebanyak 554 setakat 12 Mei 2009. Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengelakkan risiko jangkitan ke atas pelajar-pelajar tajaan, pihak pengurusan JPA telah mengeluarkan arahan supaya pelajar-pelajar tajaan JPA tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai termasuklah program Mid West Games yang akan diadakan pada 21-24 Mei di University of Illinois Urbana Champaign.

Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar adalah  tidak dibenarkan untuk terlibat dengan aktiviti yang dimaksudkan bagi mengelakkan risiko jangkitan. Sekiranya didapati terdapat pelajar yang mengambil keputusan untuk terus menyertai program tersebut, sebarang risiko samada berkait secara langsung atau tidak langsung dengan penglibatan pelajar di dalam program tersebut adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

RUZIAH SHAFEI
EDUCATION AND TRAINING ADVISOR
PUBLIC SERVICE DEPARTMENT
EMBASSY OF MALAYSIA
3516 INTERNATIONAL CT, N.W
WASHINGTON D.C 20008

Office : (202) 572 9729
Cell : (703) 501 9377
Fax : (202) 572 9789

Categories: PPL Desk Tags:

Temuduga Berjadual Pemegang Biasiswa JPA (Bidang Bukan Kritikal)

May 11th, 2009 admin No comments

Semua Pemegang Biasiswa JPA adalah diwajibkan melaporkan diri dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajian masing-masing. Serentak dengan itu, mereka juga dikehendaki memohon jawatan melalui Pihak Berkuasa Melantik Perkhidmatan Awam bagi menyempurnakan proses lapor diri tersebut. Bagi memastikan tempoh menunggu tawaran jawatan dalam perkhidmatan awam dipendekkan dan jumlah pemegang biasiswa yang berkhidmat dengan kerajaan dapat dipertingkatkan, pihak SPA secara dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan temuduga berjadual khusus bagi pemegang biasiswa JPA.  Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar secara atas talian di http://www.spa.gov.my dan seterusnya membuat temujanji untuk menetapkan tarikh temuduga dengan pihak SPA.

Syarat-syarat asas yang dikenakan adalah:

  1. Graduan IPT luar negara dalam pelbagai bidang dan memiliki ijazah sarjana muda (kepujian) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau graduan-graduan lepasan universiti terkemuka seperti Ivy League Universities, Group of 8 (Australia), Universiti Oxford, MIT, Univeristy Cambridge, LSE dan Imperial College.
  2. Graduan IPT dalam negara dan memiliki ijazah sarjana muda kepujian dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam pelbagai bidang pengajian.

Justeru itu, Pelajar-pelajar tahun akhir tajaan JPA di Amerika Syarikat diminta menghubungi pihak SPA (seperti dibawah) untuk menetapkan tarikh temuduga dengan pihak SPA. Pegawai-pegawai SPA yang boleh dihubungi adalah:

  1. En. Mohammad bin Nazmi Ismail: 03-88856327 (nazmi@spa.gov.my)
  2. En. Asrul bin Zakaria: 03-88856325 (asrul@spa.gov.my)
  3. Pn. Azlina Baizura bt. Abu Bakar Tajudin: 03-88856326 (baizura@spa.gov.my)
  4. En. Mohammad Rizal bin Abdullah: 03-88856333 (arizal@spa.gov.my)
  5. En. Mohd Yazid bin Mohd Zuliaddin: 03-88856312 (yazid@spa.gov.my)

Sekian, dimaklumkan.

PPL Washington DC

Categories: PPL Desk Tags:

Swine Flu Threat

April 29th, 2009 admin 2 comments

Dear all JPA students,

As you are aware, the United States is facing the threat of swine flu infection. There are 65 cases reported in 5 states namely Texas, California, Kansas, Ohio and New York. It is prudent for everyone to take the necessary precautions especially given the fact that the incubation period for the virus is between 2-7 days.

We would like to urge everyone to take necessary precaution such as frequent washing hands and to use hand disinfectants. Should anyone exhibit flu-like symptons, headaches, fever, lethargy, lack of appetite, coughing, nausea, vomiting and diarrhea, we would like to request that you seek medical help dan inform us immediately.

All JPA officers can be contacted as follow:

Pn. Ruziah Shafei – (703) 501 9377
En. Mohd Amiruddin Hamzah – (202) 330 3035
En. Azmee Mohammad  – (202) 445 4691

Best regards,

Education and Training Advisor Office
Washington DC

Categories: Uncategorized Tags:

Lawatan Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA Putrajaya

April 29th, 2009 admin No comments

Pejabat PPL Washington DC berbesar hati di atas kehadiran Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Azhar Bin Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 24-27 April 2009 di Kedutaan Besar Malaysia, Washington DC.  Y.Bhg Dato’ Azhar juga telah sudi untuk mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Pennsylvania State University pada 25 April 2009 di State College dan melawat pejabat PPL pada 27 April sebelum berlepas pulang ke Boston.

Pada pagi 27 April 2009 juga, Y. Bhg. Dato’ juga telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama ketua-ketua jabatan di Kedutaan Besar Malaysia Washington DC. Y. Bhg. Dato’ telah disambut oleh En Ilango, Ketua Perwakilan Malaysia di Amerika Syarikat pada masa ini dan telah diberi penerangan tentang fungsi dan peranan agensi-agensi dan jabatan yang bernaung di bawah kedutaan secara lebih dekat.

Y. Bhg. Dato’ Azhar pulang ke Boston pada petang 27 April  dan beliau pada masa ini sedang mengikuti kursus pengurusan selama 3 bulan di Harvard Business School. Pejabat PPL Washington DC mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan Y. Bhg Dato’ dan atas segala nasihat yang diberikan.

Y. Bhg Dato' Dr. Hj. Mohd Azhar Yahaya

Y. Bhg Dato' Azhar

Majlis perjumpaan Y. Bhg Dato’ Azhar Yahaya dengan pelajar-pelajar JPA di PennState.

Mesyuarat bersama Ketua-ketua Jabatan di Kedutaan Malaysia Washington DC

Y. Bhg. Dato' Azhar melawat galeri seni Kedutaan Malaysia Washington DC

Mesyuarat bersama Ketua-ketua Jabatan di Kedutaan dan lawatan ke Galeri Seni

Perbincangan dengan pegawai JPA di Kedutaan

Bergambar kenang-kenangan di hadapan bangunan kedutaan Malaysia.

Bersama dengan pegawai-pegawai JPA di Kedutaan Malaysia Washington DC

Categories: Peristiwa Tags:

TKPPA(O) dan TKSU(P) Kementerian Pertanian di Harvard

April 28th, 2009 admin No comments

Y. Bhg Dato' Ismail Alias dan Y. Bhg. Dato' Baharom Jani
Pn. Ruziah, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail Alias, Y. Bhg Dato’ Dr. Baharom Jani dan En. Amir bergambar di Harvard Business School, Boston Massachusetts.

PPL dan SPPPL berkesempatan untuk mengiringi pulang dua pegawai tinggi daripada Malaysia selepas mengikuti kursus pengurusan di Harvard Business School, Boston pada 10 April 2009.  Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengikuti kursus selama seminggu di universiti yang berprestij berkenaan di bawah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Putrajaya.

Sepanjang pertemuan, Y.Bhg Dato’ Dr. Ismail dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Baharom memberi banyak nasihat dalam memantapkan pengurusan pelajar dan berharap PPL Washington DC dapat memainkan peranan aktif terhadap akademik dan kebajikan pelajar.

Y. Bhg. Dato’ Ismail dan Y.Bhg. Dato’ Baharom kemudiannya berlepas pulang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Boston, MA .

Categories: Peristiwa Tags:

Selamat Bertamu…

April 28th, 2009 admin No comments

Selamat datang ke JPA Washington DC News Blog.

Alhamdulillah, JPA Washington DC sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah laman diskusi berkonsepkan blog.  InsyaAllah, melalui pewujudan blog berita ini, secara langsung dapat mempertingkatkan interaksi antara penaja dan pelajar.

Blog ini diwujudkan atas keperluan geografi yang sangat luas dengan tenaga kerja yang sedikit bagi bumi Amerika Syarikat ini. Dengan adanya blog ini secara langsung dapat mempertingkatkan penyebaran maklumat kepada pelajar dan menjadikan semua pelajar lebih peka kepada polisi penajaan yang berkembang dari semasa ke semasa.

Walaupun blog ini bersifat terbuka untuk disertai oleh pelajar dan pengguna lain, pengguna adalah disarankan untuk manjaga sopan santun dan adat berbahasa ketika menyertai apa-apa perbincangan, membuat komentar dan memberikan buah fikiran. Keadaan ini sebenarnya memberikan keyakinan kepada Rakyuat Malaysia bahawa pemegang biasiswa JPA dan warga Malaysia amnya amat berbudi bahasa yang tinggi, berkeperibadian yang mulia dan bertanggungjawab. Pihak Admin berhak untuk menolak komentar atau entri yang mempunyai unsur-unsur yang tidak sihat, spam atau mempunyai perkataan yang tidak sopan tanpa sebarang notis atau pemberitahuan.

Sehingga untuk itu, terma kasih kerana mengunjungi blog diskusi ini.

Salam,

Mohd Amiruddin Hamzah
Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan
Admin JPA Washington DC News Blog
28 April 2009

Categories: Admin Tags: